Tuesday, March 24, 2009

Mana Mat Ezam lembu???

Sumber : Malaysiakini

SIASATAN : PNSB BERI RM5 JUTA TERBESAR BUAT BALKIS - Mkini

Syarikat pelaburan kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang lebih RM5 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).Sumbangan konsisten antara 2002 hingga 2007 menjadikannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang paling banyak mendanai badan isteri wakil rakyat BN, setakat keterangan dalam siasatan DUN Selangor yang masuk hari kedua.PNSB juga didapati memberikan peruntukan khas RM1 juta kepada Balkis yang dipimpin ketika itu oleh Zaharah Kechik, isteri menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.Sumbangan itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), sebuah badan khas DUN Selangor.Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Kim mendapati Khairiah - setakat ini - gagal mengemukakan dokumen sokongan bagi menjelaskan pembayaran yang dibuat, termasuk bayaran tunai.
anti-ezam;
Hahah, di mana si Nazree? anak lembu ezam... takkan senyap sahaja tanpa apa-apa laporan dari GERAK? apakan GERAK telah diLEMBUkan oleh mat ezam???

No comments: