Sunday, January 25, 2009

Selamat Berambus!!!

Hanya setelah 10 hari... kau memang pengkhianat! Ingat apa ucapan kau semasa di Stadium Bakri Rais??? ingat apa kau kata pesan mak kau? Kau mungkir janji pada malam tu... kau juga ingkar pesan mak kau sendiri demi kepentingan peribadi kau sendiri! Ihzimhum... wan surna alaihim...


Lompatan pertama YB

25 Jan 2009 10:14PM

PJ: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Anti-ezam;

Anti-ezam mengucapkan tahniah dan Selamat Datang ke Pakatan Rakyat. Sekalung penghargaan kerana berani menyatakan kebenaran bukan menghumbankan diri ke lubang hina seperti ezam!

Makin terserlah kebodohanmu...

Perihal Ezam Yang Tidak Lulus ExamPILIHAN RAYA kecil P36 Kuala Terengganu telah menjadi ruang untuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyambungkan berahi dendamnya memarahi bekas idolanya Anwar Ibrahim yang dimulakan sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lalu.Ramai orang bingung kenapa Ezam menjadi seakan kurang siuman menghentam Anwar. Khayalak politik yang rendah daya fikir pun terpaksa menelanubat penahan sakit memikirkan sikap Ezam itu.Dulu Ezamlah hulubalang Anwar nombor wahid yang sanggup berkorban apa saja. Kata Ezam dia masuk penjara kerana mendedahkan dokumen semata-mata untuk mempertahankan dan membela Anwar.Masa dan kerjaya politiknya juga turut musnah kerana Anwar. Saya sering memakai istilah Ezam dan Mohamed Azmin Ali sebagai pasangan kembar Siam ysng ulit memperjuangkan nasib dan jihad reformasi yang dibawa Anwar.Tetapi bila alih-alih beliau menentang Anwar dan rujuk semula ke dalam Umno itulah menyebabkan ramai orang terkejut beruk.Apakah sikap Ezam itu kerana beliau merasakan Anwar akan gagal atau merasakan bekas TPM itu tidak akan berjaya meloloskan diri untuk menyelinap semua ke dalam Umno? Maka beliau kena berbuat begitu? Boleh difahamkan hati, jiwa dan roh Ezam masih bersama Umno, ertinya Ezam menolak politik baru dan reformasi itu sendiri?Justeru kalau begitu kemasukan semula Ezam ke dalam perjuangan Umno bukan memelikkan bahkan kemasukan itu tepat. Cuma yang menjadi keliru sikit beliau tetap dengan prinsip kebertanggungjawabannya mengenai rasuah. Beliau sering berkata beliau konssiten dengan isu itu. Tetapi apakah tepat untuk beliau terus konsisten dalam parti yang rasuah?Jika ini benar bermakan Ezam silap. Beliau tidak sebenarnya belum lulus exam dalam menilai poltiik masa kini dan masa akan datang. Kehebatannya berpidato dan mampu mempengaruhi rakyat tidak setanding dengan jangkauan politiknya yang dipacu Anwar.Alasan Ezam kenapa beliau minggat daripada Anwar ialah kerana Anwar mengkhinati bangsa Melayu. Anwar memusnahkan harapan Melayu menerusi politik baru, bercampur dengan India dan China. Alasan Ezam itu sangat dangkal dan 'ketadikaan'.Soalan campur gaul Melayu dengan Cina dan India dalam PKR bukan perkara baru. Apakah orang-orang seperti Tian Chua dan Gobalakrishnan itu wajah dan muka baru dalam PKR.Apakah Ezam bersedia menolak Gobala tetapi rela mengambil dan bersahabat denganNalakarupan? Apakah kerana Nala lebih kaya daripada Gobala maka Ezam nampak Nala lebih putih daripada Gobala?Sebagai seorang anak muda Ezam sepatutnya harus mempunyai tapak pemikir yang luas dan mampan. Beliau tidak sepatutnya mudah goyah dengan rasa-rasa dan sentimen kedirian yang amat personal sifatnya.Saya ingin bertanya apakah kerosakan bangsa Umno yang dilakukan oleh Anwar dan PKR lebih besar berbanding kerosakan Melayu yang dilakukan oleh Umno?Saya rasa Ezam bukan naif mengenai strategi dan matlamat politik baru – yang dilanggangi Anwar itu. Saya rasa beliau juga faham dengan pengubahan ketuanan rakyat yang dibuat oleh Anwar itu. Ezam mungkin tidak sedar di daerah mana dia berdiri taktakala dia mengambil keputusan itu. Dia terlupa bahawa dia dan Anwar sendang bermain politik.Beliau boleh terus bermain politik tetapi jangan sampai mengadai diri dan kerjayanya yang sudah diiktiraf ramai. Ezam juga sedar namanya menjulang tinggi kerana beliau bersama Anwar dan kerana Anwar memberi blesing.Kenapa harus kita picingkan mata dan sanggup munafik dengan sifir politik kita hanya kerana hal-hal peribadi yang sangat personal? Lama saya melontar persoalan ini kepada anak muda macho dan romantik ini.Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.Hari ini Anwar tidak ada apa-apa emosi dengan Ezam. Yang sibuk ialah Ezam masih menggunakan Anwar sebagai modal untuk memperlihatkan dirinya hebat. Dalam erti kata lain Ezam terus juga membaca nota-nota memburukkan Anwar untuk mengambil semula peperiksaan politiknya. Dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nampaknya menjadi gelanggang sementara untuk Ezam menggilap dirinya dalam habuk dan kuca ombak Umno. [lcc kl. 4:20 pm 11/01/09] - dari msomelayu.blogspot.com

Anti-ezam;
Inilah yang menyerlahkan lagi lemahnya dan dangkalnya pemikiran ezam. Berpolitik hanya kerana dendam politik peribadi. Taktik politik yang basi! sayang... kelebihan yang ada disalahguna dan diPERGUNAkan! makin terserlah kebodohanmu...tiada isu lain!