Tuesday, March 24, 2009

Mana Mat Ezam lembu???

Sumber : Malaysiakini

SIASATAN : PNSB BERI RM5 JUTA TERBESAR BUAT BALKIS - Mkini

Syarikat pelaburan kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menyumbang lebih RM5 juta kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).Sumbangan konsisten antara 2002 hingga 2007 menjadikannya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang paling banyak mendanai badan isteri wakil rakyat BN, setakat keterangan dalam siasatan DUN Selangor yang masuk hari kedua.PNSB juga didapati memberikan peruntukan khas RM1 juta kepada Balkis yang dipimpin ketika itu oleh Zaharah Kechik, isteri menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.Sumbangan itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Khairiah Abu Hassan kepada Jawatankuasa Khas untuk Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), sebuah badan khas DUN Selangor.Jawatankuasa itu yang dipengerusikan Speaker DUN Teng Chang Kim mendapati Khairiah - setakat ini - gagal mengemukakan dokumen sokongan bagi menjelaskan pembayaran yang dibuat, termasuk bayaran tunai.
anti-ezam;
Hahah, di mana si Nazree? anak lembu ezam... takkan senyap sahaja tanpa apa-apa laporan dari GERAK? apakan GERAK telah diLEMBUkan oleh mat ezam???

Sunday, February 1, 2009

Pentas Anjing menyalak dan bersumpah lagi!

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pagi tadi.Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti terbesar orang Melayu itu.Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat diserang sakit jantung.Manakala V Arumugam daripada PKR meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau.P'raya kecil pertama NajibIni juga merupakan pilihanraya kecil pertama bagi Datuk Seri Najib Tun Razak seandainya peralihan kuasa dalam Umno dan kerajaan berjalan seperti yang dijangkakan.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka menyerahkan kuasa kepada Najib sejurus selepas selesai perhimpunan agung Umno bulan depan.Mengenai kerusi Bukit Selambau, Abdul Aziz berkata, beliau berpuashati dengan dokumen yang diberikan, yang menurutnya, sah dan asli dari Arumugam."Setelah kita berbincang, kita dapati tidak ada unsur-usnur keraguan," tambahnya.

Mengenai keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil serentak bagi kedua-dua kerusi berkenaan, Abdul Aziz berkata:"Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam-macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih".Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena-mengena dengan perhimpunan Umno bulan depan."Keputusan ini dibuat supaya semua selesa," tambahnya.

Daftar pemilih Abdul Aziz juga memberitahu, daftar pemilih untuk kedua-dua kawasan ditentukan berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2007 dan digabungkan dengan daftar tambahan pada suku pertama, suku kedua dan suku ketiga 2008.Katanya, daftar tersebut akan mula dijual mulai 21 Februari bagi senarai tanpa saluran dan pada 21 Februari bagi senarai dengan saluran.Terdapat 55,562 pemilih berdaftar di Bukit Gantang dengan 55,426 pemilih biasa dan 136 pemilih pos.Di Bukit Selambau pula seramai 35,140 layak mengundi. Seramai 35,125 merupakan pemilih biasa, manakala 15 lagi pemilih pos.Sebanyak 32 pusat mengundi akan dibuka di Bukit Gantang manakala sebanyak 22 lagi akan dibuka di Bukit Selambau.Abdul Aziz juga berkata, Pemantau Bagi Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) diberikan kebenaran menjadi pemerhati.Tarikh tidak jejas pengundiDitanya kenapa SPR tidak memilih hari hujung minggu sebagai tarikh pengundian, seperti amalan biasa, Abdul Aziz berkata, ia dibuat berdasarkan tempoh 60 hari yang diperuntukan kepada mereka.Katanya, ketetapan tarikh itu juga tidak akan menjejaskan jumlah pengundi yang akan turun menunaikan tanggungjawab."Kalau hendak mengundi, dia akan ambil cuti dan balik kampung. Sekolah-sekolah yang jadi tempat mengundi akan bercutilah," katanya.Menurutnya, tempat penaman calon bagi parlimen Bukit Gantang akan diadakan di dewan Majlis Perbandaran Taiping.Manakala tempat penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau pula di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.

anti-ezam;

ezam mula mencari bahan baru... ayat baru, dan sumpah baru untuk dibawa ke Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selmbau... anjing akan mula menyalak kembali! nantikan kemunculannya... mungkin juga ezam berharap akan dicalonkan...

Sunday, January 25, 2009

Selamat Berambus!!!

Hanya setelah 10 hari... kau memang pengkhianat! Ingat apa ucapan kau semasa di Stadium Bakri Rais??? ingat apa kau kata pesan mak kau? Kau mungkir janji pada malam tu... kau juga ingkar pesan mak kau sendiri demi kepentingan peribadi kau sendiri! Ihzimhum... wan surna alaihim...


Lompatan pertama YB

25 Jan 2009 10:14PM

PJ: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.

Anti-ezam;

Anti-ezam mengucapkan tahniah dan Selamat Datang ke Pakatan Rakyat. Sekalung penghargaan kerana berani menyatakan kebenaran bukan menghumbankan diri ke lubang hina seperti ezam!

Makin terserlah kebodohanmu...

Perihal Ezam Yang Tidak Lulus ExamPILIHAN RAYA kecil P36 Kuala Terengganu telah menjadi ruang untuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyambungkan berahi dendamnya memarahi bekas idolanya Anwar Ibrahim yang dimulakan sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lalu.Ramai orang bingung kenapa Ezam menjadi seakan kurang siuman menghentam Anwar. Khayalak politik yang rendah daya fikir pun terpaksa menelanubat penahan sakit memikirkan sikap Ezam itu.Dulu Ezamlah hulubalang Anwar nombor wahid yang sanggup berkorban apa saja. Kata Ezam dia masuk penjara kerana mendedahkan dokumen semata-mata untuk mempertahankan dan membela Anwar.Masa dan kerjaya politiknya juga turut musnah kerana Anwar. Saya sering memakai istilah Ezam dan Mohamed Azmin Ali sebagai pasangan kembar Siam ysng ulit memperjuangkan nasib dan jihad reformasi yang dibawa Anwar.Tetapi bila alih-alih beliau menentang Anwar dan rujuk semula ke dalam Umno itulah menyebabkan ramai orang terkejut beruk.Apakah sikap Ezam itu kerana beliau merasakan Anwar akan gagal atau merasakan bekas TPM itu tidak akan berjaya meloloskan diri untuk menyelinap semua ke dalam Umno? Maka beliau kena berbuat begitu? Boleh difahamkan hati, jiwa dan roh Ezam masih bersama Umno, ertinya Ezam menolak politik baru dan reformasi itu sendiri?Justeru kalau begitu kemasukan semula Ezam ke dalam perjuangan Umno bukan memelikkan bahkan kemasukan itu tepat. Cuma yang menjadi keliru sikit beliau tetap dengan prinsip kebertanggungjawabannya mengenai rasuah. Beliau sering berkata beliau konssiten dengan isu itu. Tetapi apakah tepat untuk beliau terus konsisten dalam parti yang rasuah?Jika ini benar bermakan Ezam silap. Beliau tidak sebenarnya belum lulus exam dalam menilai poltiik masa kini dan masa akan datang. Kehebatannya berpidato dan mampu mempengaruhi rakyat tidak setanding dengan jangkauan politiknya yang dipacu Anwar.Alasan Ezam kenapa beliau minggat daripada Anwar ialah kerana Anwar mengkhinati bangsa Melayu. Anwar memusnahkan harapan Melayu menerusi politik baru, bercampur dengan India dan China. Alasan Ezam itu sangat dangkal dan 'ketadikaan'.Soalan campur gaul Melayu dengan Cina dan India dalam PKR bukan perkara baru. Apakah orang-orang seperti Tian Chua dan Gobalakrishnan itu wajah dan muka baru dalam PKR.Apakah Ezam bersedia menolak Gobala tetapi rela mengambil dan bersahabat denganNalakarupan? Apakah kerana Nala lebih kaya daripada Gobala maka Ezam nampak Nala lebih putih daripada Gobala?Sebagai seorang anak muda Ezam sepatutnya harus mempunyai tapak pemikir yang luas dan mampan. Beliau tidak sepatutnya mudah goyah dengan rasa-rasa dan sentimen kedirian yang amat personal sifatnya.Saya ingin bertanya apakah kerosakan bangsa Umno yang dilakukan oleh Anwar dan PKR lebih besar berbanding kerosakan Melayu yang dilakukan oleh Umno?Saya rasa Ezam bukan naif mengenai strategi dan matlamat politik baru – yang dilanggangi Anwar itu. Saya rasa beliau juga faham dengan pengubahan ketuanan rakyat yang dibuat oleh Anwar itu. Ezam mungkin tidak sedar di daerah mana dia berdiri taktakala dia mengambil keputusan itu. Dia terlupa bahawa dia dan Anwar sendang bermain politik.Beliau boleh terus bermain politik tetapi jangan sampai mengadai diri dan kerjayanya yang sudah diiktiraf ramai. Ezam juga sedar namanya menjulang tinggi kerana beliau bersama Anwar dan kerana Anwar memberi blesing.Kenapa harus kita picingkan mata dan sanggup munafik dengan sifir politik kita hanya kerana hal-hal peribadi yang sangat personal? Lama saya melontar persoalan ini kepada anak muda macho dan romantik ini.Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.Hari ini Anwar tidak ada apa-apa emosi dengan Ezam. Yang sibuk ialah Ezam masih menggunakan Anwar sebagai modal untuk memperlihatkan dirinya hebat. Dalam erti kata lain Ezam terus juga membaca nota-nota memburukkan Anwar untuk mengambil semula peperiksaan politiknya. Dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nampaknya menjadi gelanggang sementara untuk Ezam menggilap dirinya dalam habuk dan kuca ombak Umno. [lcc kl. 4:20 pm 11/01/09] - dari msomelayu.blogspot.com

Anti-ezam;
Inilah yang menyerlahkan lagi lemahnya dan dangkalnya pemikiran ezam. Berpolitik hanya kerana dendam politik peribadi. Taktik politik yang basi! sayang... kelebihan yang ada disalahguna dan diPERGUNAkan! makin terserlah kebodohanmu...tiada isu lain!

Friday, December 5, 2008

Sundal politik Malaysia!


Inilah wajah orang yang hajat tak kesampaian! sanggup menggadai prinsip yang diperjuangkan... menjilat kembali ludah setelah memaki hamun parti yang pernah dilawan! Akhirnya bersama-sama dengan 6 jahanam mereka kembali ke umno... kerana apa? Ulang kembali kata-katanya... KATAKAN PADA SAYA ORANG YANG MASUK UMNO ITU IKHLAS! Ya!!! jawablah... soalan kau sendiri!!!